Tuesday, January 28, 2014

Reviu Samsung Galaxy Y S5360

Kali ini, saya nak buat reviu Samsung Galaxy Young S5360. Oppss, bukan Galaxy Y Neo tauu..dua-dua telefon yang berbeza! Samsung Galaxy Young ni antara telefon Android yang paling asas di pasaran. Tapi sayangnya, dah tak banyak telefon jenis ini dijual lagi. Model ini telah digantikan dengan model Galaxy Y Neo yang lebih pantas. Tapi, untuk mereka yang masih mahu membeli telefon model ini "second-hand", inilah reviu untuk anda. Buatlah pertimbangan ya! :)

Samsung Galaxy Young S5360 : Telefon Android Untuk Pengguna Bajet



Telefon ini sangat asas. Dengan RAM cuma 290MB dan pemproses berkelajuan 830MHz, tak banyak perkara yang boleh dilakukan. Paling menyedihkan dan banyak mendapat komen negatif adalah memori dalamannya yang cuma 180MB! Baru "install" beberapa aplikasi, sudah penuh! Dengan pemproses yang "sekadar ada", sistem akan sering tergendala terutamanya jika menjalankan aplikasi yang menggunakan memori yang tinggi. Kadangkala, telefon perlu dihidupkan semula (restart) atau paling teruk, terpaksa tanggalkan bateri dan hidupkan semula.

Samsung Galaxy Young didatangkan dengan kamera 2 Megapixel yang bagi saya tidaklah terlalu cemerlang. Ada lebih banyak kamera 2 Megapixel dari telefon jenama lain seperti Nokia yang lebih cantik gambarnya.

Untuk sistem operasi, Galaxy Young didatangkan sekali dengan Android 2.3 (Gingerbread) dan tidak dapat dinaiktaraf lagi kerana perkakasannya yang tidak mampu menampung versi Android yang lebih baru. Namun, versi Android ini masih relevan kerana kebanyakan aplikasi dalam Google Play masih boleh dipasang ke dalam Samsung Galaxy Young ini.

Penggunaan kuasa (power consumption) untuk telefon ini agak tinggi. Samsung Galaxy Young menggunakan bateri 1200mAh yang bagi pendapat saya terlalu rendah untuk telefon pintar. Setiap hari, bateri perlu dicas walaupun dengan penggunaan biasa. Aktifkan WiFi, dan anda hanya mampu bertahan setengah hari. Hidupkan GPS, Google Maps / Waze dan paket data untuk navigasi, anda hanya akan mampu bertahan satu jam sebelum baterinya habis. Disarankan anda menggunakan "powerbank" apabila menggunakan telefon model ini.

Kesimpulannya, Laman ICT memberikan Samsung Galaxy Y S5360 dengan 3 Bintang. Telefon ini sangat berpatutan harganya dan sesuai untuk pengguna baru telefon pintar. Namun, masih banyak kelemahan yang terdapat dalam telefon ini seperti kapasiti bateri yang rendah dan memori dalaman yang rendah. Jika anda betul-betul kesuntukan wang, Samsung Galaxy Young memang sesuai untuk anda, dengan harga serendah RM230 untuk model "second hand". Namun jika ada duit lebih, belilah model lain seperti Samsung Galaxy Y Neo yang lebih baharu, dan merupakan versi Galaxy Y yang diperbaharui. Atau, jika ada lebih lagi, Laman ICT menyarankan model telefon pintar dari Lenovo kerana harganya yang berpatutan dengan spesifikasi yang tinggi. Bijaklah membuat pilihan!

:)

Saturday, April 27, 2013

Peningkatan teknologi : baik atau buruk?

"Baru berapa lama Samsung Galaxy S3 keluar, dah pulak keluar Samsung Galaxy S4. Habis jatuh harga S3 aku. Macam mana nak jual balik?"

 Haa..itulah dilema pengguna telefon pintar sekarang. Dengan cara pengeluar-pengeluar (spt Samsung, HTC, Sony, dll) yang berlumba-lumba mengeluarkan model terbaru, harga model-model lama pasti turun menjunam.

 Ini satu risiko, terutama kepada mereka yang sering bertukar telefon bimbit. Harga telefon terlalu mudah jatuh, dan menyebabkan mereka merasa rugi jika terpaksa menjual semula.

 Oleh itu, para pengguna perlu berfikir panjang. Lagipun, andai kata kita ambil contoh Samsung Galaxy S3. Tidak banyak bezanya dengan Samsung Galaxy S4. Cuma mungkin ada sedikit penambahan. Jadi, jika anda sudah selesa dengan S3, kenapa perlu "upgrade"?

Monday, December 17, 2012

Reviu Sony Xperia U

Sony Xperia U ini bukanlah sejenis telefon "high-end", namun fungsinya sudah terlalu cukup padan dengan harganya. Dengan julat harga kira-kira RM799, tidaklah terlalu mahal.

Dikuasakan oleh sistem Android 2.3, peranti ini boleh dinaiktaraf ke Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) dengan lebih kestabilan. Telefon ini tiada slot untuk kad memori dan pengguna hanya boleh menggunakan 4GB data storan dalaman (4GB lagi untuk simpanan, semuanya 8GB).

Kameranya beresolusi 5 megapiksel. Gambar yang ditangkap juga cukup terang dan jelas, namun ada sedikit masalah gambar kabur jika di"zoom" terlalu dekat. Menariknya, kamera Sony Xperia U ini mampu merakam video dalam format definisi tinggi (HD) sehingga 720p! Tetapi, memori dalaman yang sedikit mungkin menyukarkan rakaman video berdurasi tinggi.

Pemain muziknya juga tidak kurang hebatnya. Pengguna boleh memilih pelbagai mod yang disediakan.

Peranti ini dilengkapi Wi-Fi dan skrin sesentuh yang responsif. Namun, responsifnya tidak setanding dengan varian Samsung Galaxy Ace yang harganya setanding.

Untuk remaja, peranti pintar ini sangat sesuai untuk mereka. Harga yang berpatutan untuk fungsi yang pelbagai. Dapatkan Sony Xperia U hari ini! :)

Bintang : 4 daripada 5

Monday, November 14, 2011

Apa perbezaan video SD dengan HD?

Hari aku wat entri untuk menunjukkan perbezaan SD(Standard Defination) dengan HD(High Defination)..Kalau korang tak tau HD tu ape,rerajin tgok iklan Astro B.Yond tu..Haha..itu lahHD...Kalau SD plak adalah paparan TV biasa.

Perbandingan(comparison) ni aku buat sendiri menggunakan PrintScreen dan laman web YouTube(kerana YouTube ada menyediakan video HD 1080 dan 720).

Well,tengoklah perbezaan dari segi "sharpness" dan tahap ketelitiannya(level of details).





Banyak tak perbezaannya??Best kan??
Gambar di atas tak diedit sama sekali.Jadi,tiada undur penipuan tau.Memang real image!


So,bertukarlah ke Astro B.Yond!!(Haha..promote lak!)

Entri menarik