Tuesday, February 9, 2010

Komputer lama?Tak ada masalah!

Sekiranya anda anda menggunakan komputer lama yang biasanya menggunakan pemproses yang lembab dan memori RAM yang rendah,sudah tentu anda sentiasa tertekan bila hendak memulakan sesuatu program,bukan?Ha..walaupun menggunakan komputer lama,anda masih boleh melakukan kerja-kerja anda tanpa dibelenggu dengan masalah masa lagi.Cuma perlu sedikit "pertukaran" perisian sahaja.Ada beberapa tips yang boleh saya kongsikan:

1)Sekiranya anda sering bekerja dengan fail berformat PDF,jangan lah asyik menggunakan perisian yang berat seperti Acrobat Reader..Cuba gunakan alternatif lain seperti Sumatra PDF atau Foxit Reader.Lebih pantas!

2)Untuk browser,gunakan versi portable di Portable Apps.com.Browser ini akan dimasukkan ke dalam pendrive dan tidak mengganggu sistem operasi anda.

3)Untuk pemain muzik,daripada menggunakan Windows Media Player yang sedia ada,cuba gunakan pemain muzik FooBar2000..Ianya pantas dan tidak menggunakan memori yang banyak.Cukup untuk sekadar main muzik sahaja.

4)Perisian antivirus berbayar biasanya berat dan sesuai untuk komputer yang pantas sahaja.Apa kata cuba gunakan perisian antivirus yang percuma.Cukup sekadar membasmi sedikit virus sudah cukup.Avast! antivirus antara contoh antivirus yang pada pendapat saya adalah pantas.

5)Sentiasa gunakan perisian seperti CCleaner yang dapat membersihkan cakera keras anda dari dipenuhi dengan "cookies" dan data yang tidak diperlukan lagi.Lebih banyak ruang cakera keras,lebih pantas PC lama anda!Ini kerana sekiranya RAM komputer anda tidak mencukupi untuk Sistem Operasi menjalankan tugasnya,maka ia akan mengambil sedikit ruang di cakera keras!Justeru,melambatkan lagi komputer.Itu sebabnya RAM adalah penting dalam menentukan kelajuan komputer kita,di samping kelajuan pemproses.

Wednesday, February 3, 2010

Format netbook?

Ha!Memang sebenarnya agak payah untuk mem'format' kembali Netbook yang sudah rosak.Ini kerana biasanya Netbook direka untuk mobiliti dan saiz yang kecil.Justeru,tiada pemacu CD/DVD yang dimasukkan ke dalamnya.Jadi,bagaimana memformat Netbook?Berdasarkan pengalaman saya memformat sebuah Netbook Asus Eee Pc 2G Surf,ini antara keperluannya:

1)CD Sistem operasi (saya menggunakan Windows XP SP2)
2)Sebuah desktop yang lengkap dengan pemain CD dan keupayaan USB
3)Sebuah thumb drive (rasanya 1GB sudah cukup.Saya gunakan 2GB)
4)Capaian Internet (untuk mendownload driver)
5)Perisian "Win To Flash"
6)Dan paling penting,Netbook yang hendak diformat!

Tak susah.Cuma perlu masukkkan thumb drive dan CD Sistem Operasi ke dalam desktop,jalankan perisian Win To Flash dan tetapkan sedikit aturan.Perisian ini akan menyalin data CD sistem Operasi tadi ke dalam thumb drive dan menjadikannya bootable.Sesudah selesai,pasang thumb drive pada Netbook dan pastikan setting BIOS pada Netbook itu betul dan mengutamakan BOOT dari thumb drive/removable disk dan bukannya hard disk.Kemudian,ikuti proses format mengikut tatacara yang diberitahu oleh pihak pengeluar Sistem Operasi yang anda gunakan.Kemudian,bagi Netbook saya,saya perlu memuat turun driver dari desktop kerana setelah Netbook itu diformat,kesemua driver nya akan hilang.Jadi,tiada suara,capaian Internet dan tiada capaian Ethernet.

Memang ramai mengatakan Netbook sukar diformat.Tapi bagi saya,belum cuba belum tahu!Lagipun Netbook yang saya gunakan adalah antara versi terawal Netbook di pasaran dan lebih sukar diformat kerana memori yang rendah dengan pemacu keras hanya 2GB!Pasti Netbook masa kini lebih pantas kan?

Entri menarik