Monday, December 17, 2012

Reviu Sony Xperia U

Sony Xperia U ini bukanlah sejenis telefon "high-end", namun fungsinya sudah terlalu cukup padan dengan harganya. Dengan julat harga kira-kira RM799, tidaklah terlalu mahal.

Dikuasakan oleh sistem Android 2.3, peranti ini boleh dinaiktaraf ke Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) dengan lebih kestabilan. Telefon ini tiada slot untuk kad memori dan pengguna hanya boleh menggunakan 4GB data storan dalaman (4GB lagi untuk simpanan, semuanya 8GB).

Kameranya beresolusi 5 megapiksel. Gambar yang ditangkap juga cukup terang dan jelas, namun ada sedikit masalah gambar kabur jika di"zoom" terlalu dekat. Menariknya, kamera Sony Xperia U ini mampu merakam video dalam format definisi tinggi (HD) sehingga 720p! Tetapi, memori dalaman yang sedikit mungkin menyukarkan rakaman video berdurasi tinggi.

Pemain muziknya juga tidak kurang hebatnya. Pengguna boleh memilih pelbagai mod yang disediakan.

Peranti ini dilengkapi Wi-Fi dan skrin sesentuh yang responsif. Namun, responsifnya tidak setanding dengan varian Samsung Galaxy Ace yang harganya setanding.

Untuk remaja, peranti pintar ini sangat sesuai untuk mereka. Harga yang berpatutan untuk fungsi yang pelbagai. Dapatkan Sony Xperia U hari ini! :)

Bintang : 4 daripada 5

Entri menarik