Friday, January 29, 2010

Ubuntu

Tadi,Admin baru sahaja menerima CD Ubuntu yang dipesan dari internet di laman web Ubuntu:www.ubuntu.com.Kemudiannya,Admin memasang CD tersebut pada PC Admin.Seperti yang anda sedia maklum,Ubuntu adalah sejenis Operating System/Sistem Operasi dari sumber terbuka yang dimajukan oleh komuniti pengguna Ubuntu sendiri.Tiada kos dikenakan kepada Admin untuk pesanan CD percuma ini.Versi yang Admin terima adalah versi 9.10.Paparan grafiknya hebat dan dilengkapi pelbagai aplikasi lain.Capaian internet juga mudah dikawal(tidak seperti Linux Puppy yang Admin pernah gunakan dulu!).Yang paling penting,ianya percuma dan sah digunakan!Ayuh pengguna PC sekalian,mari guna UBUNTU!!

Tuesday, January 26, 2010

Google Chrome

Baru-baru ini,Admin telah menggunakan pelayar web Google Chrome pada PC Admin.Setelah menjalankan proses instalasi,Admin terus memulakan fungsinya dan membuka laman web pilihan.Hasilnya,memang pantas!Hampir dua kali ganda kepantasan Mozilla Firefox (pada fikiran Admin) dan 1.5 kali ganda kepantasan Opera 10.Tahap keselamatan Chrome,bagi Admin,sangat memuaskan.Contohnya,Chrome akan memberi amaran sekiranya laman web yang kita ingin lawati itu dilaporkan ada Malware(perisian nakal).Namun,ada sedikit masalh ketika menggunakan Chrome.Admin tidak boleh Log-In pada sesetengah laman web padahal Mozilla tiada masalah.Jadi,Admin terpaksa membuka dua browser sekaligus untuk membuka 2 laman web berbeza(seterusnya melambatkan lagi PC Admin!!!)

Sunday, January 17, 2010

Sekuriti:Selamatkah kita?

Ada blog yang saya baca baru-baru ini menceritakan bahawa laman web kepunyaan kerajaan Malaysia telah berjaya digodam oleh orang luar.Benarkah?Jika betul,kita mungkin dalam bahaya(termasuk Laman ICT ini).Tidak dinafikan bahawa Malaysia mempunyai kadar celik IT yang agak tinggi.Namun,bilangan pakar IT adalah sedikit.Jadi laman-laman web dari negara Malaysia AMAT mudah digodam.Saya pernah mencubanya (untuk ujian sahaja) dan hasilnya,memang mudah untuk memasuki laman web dari Malaysia-tidak perlu pendaftaran.Seruan saya,kepada pakar-pakar IT di luar sana,lakukanlah suatu perubahan demi menjamin keselamatan siber dalam negara.Walaupun wujudnya syarikat seperti Cyber Security Malaysia,namun penglibatan anda masih diperlukan.Jangan apabila semua laman web di Malaysia sudah punah,baru nak tergadah.Fikirkan..

Wednesday, January 13, 2010

Mac OS

Dalam 'post' kali ini,saya akan menceritakan serba sedikit tentang sistem operasi Mac

Mac OS diasaskan pada 1984 dan merupakan sistem operasi berasaskan "antaramuka pengguna grafik" atau GUI.Kebanyakan pengguna Mac adalah pekerja grafik kerana secara umumnya,sistem operasi Mac sesuai untuk kegunaan mereka,berbanding dengan Windows yang lebih sesuai untuk kerja pejabat atau 'gaming'

Pada Mei 2009,sistem operasi Mac menguasai 9.81 peratus penggunaan OS untuk 'desktop',mengatasi Linux(0.99%) tetapi jauh di belakang Microsoft Windows dengan 87.75%.(Peratusan lain adalah Solaris-0.01% dan lainn-lain OS-1.44%)

Versi terbaru Mac OS adalah Mac OS X Snow Leopard.OS ini dikatakan pantas kerana hampir semua aplikasi sistem di dalamnya ditulis dengan kod 64-bit.

Tuesday, January 5, 2010

Linux??

Apa itu Linux?Linux secara umumnya dikenali sebagai 'free OS' kerana ia adalah Sistem Operasi yang dibangunkan dengan falsafah Sumber Terbuka (Open Source).Jadi,ianya adalah umum dan percuma!Namun,tahukah anda antara nama-nama distribusi dari Linux?
Berikut adalah antaranya:

1)Ubuntu
-Antara yang paling popular.Dikeluarkan secara rami pada tahun 2004

2)Suse
-Popular untuk kegunaan desktop.

3)Fedora
-Ditubuhkan oleh Red Hat

4)Mepis
-Jenis LIVE CD dimana OS ini boleh dijalankan tanpa proses instalasi

5)Xandros
-Paparan menyerupai OS Windows.

Entri menarik