Monday, November 23, 2009

Sejarah sistem operasi Windows

Ketika versi 1.01 diperkenalkan pada tahun 1985,tidak ada sesiapa pun yang mahu bersusah payah dengan 4 cakera pemasangan untuk memasang sistem ini.Sesetengah fungsi seperti bar menu dan menu'drop-down' pula dikatakan diambil daripada Macintosh.Kisah kejayaan Windows sebenarnya bermula dengan versi 2.0 yang dapat menyokong VGA dengan resolusi 640 x 480.Kemudian Windows 3.0 menguasai pula dengan terjual lebih 10 juta unit di seluruh dunia.Versi 3.1 pula adalah kemaskini 3.0 dengan kestabilan sistem yang lebih baik dan dilengkapi Windows Media Player 2.0.Dengan pengenalan platform NT,Windows maju setapak lagi.Windows 95 contohnya,menjadi 'goreng pisang' yang panas dan terjual lebih 1 juta unit dalam masa 4 hari sahaja.Pada tahun 2001 ke atas pula,Microsoft mengaplikasikan DOS dalam sistemnya dan terciptalah Windows XP yang terjual 67 juta salinan dalam masa setahun.Kemudian,tercipta pula Windows Vista yang menjanjikan lebih kestabilan dan keselamatan,walaupun ramai pengguna nyatakan yang sebaliknya.Kini,pengenalan Windows 7 yang dikatakan lebih baik daripada Vista dijangka dapat meningkatkan lagi jualan perisian Windows,setelah kegagalan Vista memenangi hati pengguna.Apa kelebihan Windows 7?Entahlah,saya belum mencubanya lagi.Hehe

No comments:

Post a Comment

Entri menarik