Tuesday, December 29, 2009

Keperluan sebuah komputer peribadi (PC)

Secara asasnya,sesebuah komputer memerlukan beberapa komponen penting supaya ianya dapat berfungsi.Komponen tersebut adalah:
1)Papan ibu (motherboard)
2)Pemproses (processor)
3)Pembekal kuasa (power supply)
4)Pemain CD (cd drive)-untuk memasang OS
5)Sistem operasi (operation system/OS)
6)Papan kekunci(keyboard)
7)Tetikus (mouse)
8)Monitor
9)Memori RAM (Random Access Memory)
10)Kord dan wayar yang berkaitan

Dan beberapa komponen tambahan(untuk kepuasan maksimum):
1)Kad grafik
2)Kad bunyi
3)Modem
4)Perisian (antivirus,permainan,...)
5)Pembesar suara (speaker)

Jika anda ingin membeli komputer baru,pertimbangkan komputer yang memenuhi keperluan anda.Sama ada anda hanya ingin menggunakan komputer dengan 'biasa-biasa'(seperti membuat kerja)) atau untuk 'kasar' (seperti permainan komputer).Jadi,fikir-fikirlah apa yang terbaik untuk anda.

Sunday, December 27, 2009

Blog oh blog.

Haa..zaman sekarang sudah ramai pengguna internet yang ada memiliki blog sendiri.Ada yang aktif dengan selalu mengemaskini 'post' di blog mereka.Ada juga yang pasif dengan merasakan cukup sekadar menulis satu atau dua 'post' dan biarkan blog itu terkubur begitu sahaja.Apa itu blog?Blog mungkin boleh ditafsirkan sebagai 'laman web mini' di mana pengguna dapat membina laman sendiri secara percuma.



Pengguna baru?Tiada masalah.Mereka boleh menggunakan beberapa tips yang disediakan oleh pihak penyedia blog.Terdapat beberapa penyedia hos blog percuma di talian.Antaranya ialah Blogger,Wordpress,Blogsome,Xanga dan tblog.Dengan blog,kita berupaya melakukan aktiviti seperti berkongsi gambar,muzik,dan mungkin juga menjana pendapatan melaluinya.Jadi,marilah ber'blog' supaya kita tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia ICT!

Friday, December 25, 2009

Wajah baru!

Setelah melakukan sedikit kerja pengubahsuaian,kini blog Laman ICT berwajah baru!Dengan layout yang baru dan beberapa widget tambahan.Jika ada sebarang komen,jangan lupa tulis di ruangan chat Shoutmix yang disediakan ya!

Yang Benar,
ADMIN

Wednesday, December 23, 2009

Facebook Fans

Kini blog Laman ICT sudah ada laman sendiri di Facebook!Layari Facebook,log-in, dan cari "Laman ICT Fan Page".Klik "become a fan" dan ikutilah perkembangan semasa blog ini melalui Facebook.

Marilah join!

Kepada semua 'viewers' blog ni,janganlah segan-segan nak jadi pengikut(followers)blog ini.Jika ada sebarang komen atau pertanyaan,tulis di ruangan chat Shoutmix yang disediakan pada laman blog ini.Jangan segan tau!Dan untuk makluman,blog ini akan menjalani proses 'transformasi'tak lama lagi kerana komen-komen mengenai blog ini, yang dikatakan bosan dan kurang menarik.Masanya dirahsiakan,tetapi akan dijalankan pada waktu pagi.HARAP MAKLUM..

Monday, December 21, 2009

Iklan

Siapa kata internet tak boleh buat duit?Ya,memang internet boleh mendatangkan hasil kepada kita.Sebagai contoh,kita boleh cuba berniaga secara atas talian.Iklankan barang yang anda ingin jual di laman web jual beli seperti E-Bay dan tunggu barang jualan anda dibeli.Ataupun,buat duit melalui blog.Bagaimana?Senang sahaja.Jual iklan di laman blog anda.Perkhidmatan AdSense dari Google dan Nuffnang boleh mendatangkan hasil kepada anda.Cuma daftar,pilih iklan dan siap!Lagi banyak trafik pada laman blog anda,lagi banyak hasil anda dapat!

Thursday, December 17, 2009

Promo Windows 7

ASUS Mars

Anda seorang peminat pemainan komputer.Dan anda perlukan kad grafik yang paling baik untuk kepuasan permainan anda.Jika anda jawab "ya" dan anda ada duit yang banyak,cuba beli kad grafik dari ASUS yang dinamakan Mars.Harganya tidak mahal,cuma RM 5999 sahaja (haha,harga seperti dua komputer baharu!) dan pengeluarannya terhad kepada 1000 unit sahaja di dunia ini.Kenapa mahal dan terhad?Lihat fungsinya.

ASUS Mars menggunakan cip grafik NVIDIA GeForce GTX295,iaitu salah satu unit pemprosesan grafik paling hebat di dunia.Memori RAM nya memang menakjubkan.Dengan 4GB GDDR3 RAM,pasti tiada permainan komputer yang tidak boleh dimainkan!Selain itu,kipasnya yang besar dapat menyejukkan kad grafik ini dari pemanasan melampau (walaupun ada komen mengatakan kipasnya bising sedikit apabila waktu penggunaan berat).Jadi,ada duit lebih?ASUS Mars lah pilihan anda.Cepat,keluarannya terhad!

Wednesday, December 16, 2009

Streamyx

Zaman dah berubah.Dunia makin maju.Begitu juga saya.Pada hari ini,saya rasa bersyukur kerana kerana rumah saya telah dilengkapi dengan Wi-Fi.Pakej yang saya gunakan ialah Streamyx Combo 1 dengan kelajuan 384Kbps.Memang agak rendah,tetapi sudah cukup bagi saya.Lagipun,apa perlunya internet yang terlalu laju?..

Dalam pakej saya,diberikan satu modem wireless percuma.Jadi,talian internet rumah saya boleh dikongsi!Sebelum ini,saya cuma menggunakan 'dial-up' dengan kelajuan purata 50.6 kbps.Memang rendah bukan?Itulah kesengsaraan saya selama ini.




Hendak buka MySpace pun ambil masa yang lama,apatah lagi video seperti di Youtube dan Metacafe.Sekarang,hehe.JOM STREAMYX!!!

Friday, December 4, 2009

Potong,potong!

"Potong,potong,potong!"Ha.anda tentu tahu lagu ini kan?Ya,iklan P1 WiMax.Tapi,baguskah perkhidmatan dari P1 ini?Dengan bermula dari serendah RM49,mungkin ramai yang mula senyum lebar.Namun,pakejnya hanya menawarkan kadar penggunaan yang dihadkan kepada 5GB/bulan sahaja.Tak cukup bagi saya,kerana saya

banyak filem dan lagu bersaiz besar yang perlu di muat turun.Lagipun,liputan WiMax tiada di kawasan saya(Semenyih).Kelajuannya?Boleh tahan,maksimum 400 kbps bagi muat turun.Bagi saya,400 kbps sudah cukup laju,kena dengan harganya RM49 sahaja.Kenapa murah?Kerana 'POTONG'!Ya,kerana wayar untuk sambungan internet telah di'potong' bagi sambungan WiMax,atau maksud lain,ianya 'wireless!!'.Terdapat banyak lagi pakej lain yang boleh dipilih.Pakej 'broadband' mudah alih Wiggy pun ada!Macam mana sekarang,nak POTONG????

Wednesday, December 2, 2009

Keperluan untuk Windows 7

Nak lengkapkan PC anda dengan Windows 7?
Berikut adalah beberapa keperluan minimum untuk memasang Windows 7.
1)Pemproses 1 GHz atau lebih baik
2)1 GB RAM untuk Windows 7 32-bit
3)Ruang cakera keras (hard disk) sebanyak 16 GB

Itu cuma asas.Nak info lebih lanjut,layarilah>>http://www.microsoft.com/windows/windows-7/get/system-requirements.aspx

Pergi kau,virus!!

Komputer anda terasa lembab?Anda syaki ianya disebabkan serangan virus?Sudah semestinya anda perlu memasang perisian antivirus dalam komputer anda.Tapi,kadangkala memilih antivirus yang terbaik juga boleh memeningkan kepala!Jadi,ambil beberapa tips dari saya untuk membantu anda memilih perisian antivirus terbaik...Jika anda malas untuk mengeluarkan duit untuk membeli antivirus,dapatkan yang percuma.Sekarang,banyak jenis antivirus yang boleh didapati secara percuma menerusi muat turun di internet.Contohnya ialah AVG Anti-Virus Free,Clamwin dan Avast!.Malangnya,hampir kesemua perisian percuma ini sekadar 'mengesan' virus dan bukannya 'membunuh'nya.Nama pun percuma kan,jadi fungsinya tidaklah menyeluruh.Saya sendiri menggunakan AVG Free versi 9.0.Nak tak nak,belilah perisian antivirus versi penuh.Harganya pun tidaklah terlalu mahal,bermula dari RM50 ke bawah untuk antivirus dengan lesen seorang pengguna(1-user)dan langganan satu tahun.Contohnya Kaspersky,Norton Antivirus,Avira dan PC Cillin.Ada banyak komputer di rumah?Belilah antivirus yang menawarkan lesen berbilang pengguna(3-user atau lain-lain).Perisian antivirus berbayar biasanya lebih bagus dan ada khidmat sokongan sendiri.Amaran saya:Jika memilih antivirus percuma,berhati-hatilah.Ini kerana,terdapat banyak perisian antivirus palsu di internet,dan jumlahnya semakin meningkat.

Entri menarik