Wednesday, December 2, 2009

Pergi kau,virus!!

Komputer anda terasa lembab?Anda syaki ianya disebabkan serangan virus?Sudah semestinya anda perlu memasang perisian antivirus dalam komputer anda.Tapi,kadangkala memilih antivirus yang terbaik juga boleh memeningkan kepala!Jadi,ambil beberapa tips dari saya untuk membantu anda memilih perisian antivirus terbaik...Jika anda malas untuk mengeluarkan duit untuk membeli antivirus,dapatkan yang percuma.Sekarang,banyak jenis antivirus yang boleh didapati secara percuma menerusi muat turun di internet.Contohnya ialah AVG Anti-Virus Free,Clamwin dan Avast!.Malangnya,hampir kesemua perisian percuma ini sekadar 'mengesan' virus dan bukannya 'membunuh'nya.Nama pun percuma kan,jadi fungsinya tidaklah menyeluruh.Saya sendiri menggunakan AVG Free versi 9.0.Nak tak nak,belilah perisian antivirus versi penuh.Harganya pun tidaklah terlalu mahal,bermula dari RM50 ke bawah untuk antivirus dengan lesen seorang pengguna(1-user)dan langganan satu tahun.Contohnya Kaspersky,Norton Antivirus,Avira dan PC Cillin.Ada banyak komputer di rumah?Belilah antivirus yang menawarkan lesen berbilang pengguna(3-user atau lain-lain).Perisian antivirus berbayar biasanya lebih bagus dan ada khidmat sokongan sendiri.Amaran saya:Jika memilih antivirus percuma,berhati-hatilah.Ini kerana,terdapat banyak perisian antivirus palsu di internet,dan jumlahnya semakin meningkat.

No comments:

Post a Comment

Entri menarik