Tuesday, January 28, 2014

Reviu Samsung Galaxy Y S5360

Kali ini, saya nak buat reviu Samsung Galaxy Young S5360. Oppss, bukan Galaxy Y Neo tauu..dua-dua telefon yang berbeza! Samsung Galaxy Young ni antara telefon Android yang paling asas di pasaran. Tapi sayangnya, dah tak banyak telefon jenis ini dijual lagi. Model ini telah digantikan dengan model Galaxy Y Neo yang lebih pantas. Tapi, untuk mereka yang masih mahu membeli telefon model ini "second-hand", inilah reviu untuk anda. Buatlah pertimbangan ya! :)

Samsung Galaxy Young S5360 : Telefon Android Untuk Pengguna Bajet



Telefon ini sangat asas. Dengan RAM cuma 290MB dan pemproses berkelajuan 830MHz, tak banyak perkara yang boleh dilakukan. Paling menyedihkan dan banyak mendapat komen negatif adalah memori dalamannya yang cuma 180MB! Baru "install" beberapa aplikasi, sudah penuh! Dengan pemproses yang "sekadar ada", sistem akan sering tergendala terutamanya jika menjalankan aplikasi yang menggunakan memori yang tinggi. Kadangkala, telefon perlu dihidupkan semula (restart) atau paling teruk, terpaksa tanggalkan bateri dan hidupkan semula.

Samsung Galaxy Young didatangkan dengan kamera 2 Megapixel yang bagi saya tidaklah terlalu cemerlang. Ada lebih banyak kamera 2 Megapixel dari telefon jenama lain seperti Nokia yang lebih cantik gambarnya.

Untuk sistem operasi, Galaxy Young didatangkan sekali dengan Android 2.3 (Gingerbread) dan tidak dapat dinaiktaraf lagi kerana perkakasannya yang tidak mampu menampung versi Android yang lebih baru. Namun, versi Android ini masih relevan kerana kebanyakan aplikasi dalam Google Play masih boleh dipasang ke dalam Samsung Galaxy Young ini.

Penggunaan kuasa (power consumption) untuk telefon ini agak tinggi. Samsung Galaxy Young menggunakan bateri 1200mAh yang bagi pendapat saya terlalu rendah untuk telefon pintar. Setiap hari, bateri perlu dicas walaupun dengan penggunaan biasa. Aktifkan WiFi, dan anda hanya mampu bertahan setengah hari. Hidupkan GPS, Google Maps / Waze dan paket data untuk navigasi, anda hanya akan mampu bertahan satu jam sebelum baterinya habis. Disarankan anda menggunakan "powerbank" apabila menggunakan telefon model ini.

Kesimpulannya, Laman ICT memberikan Samsung Galaxy Y S5360 dengan 3 Bintang. Telefon ini sangat berpatutan harganya dan sesuai untuk pengguna baru telefon pintar. Namun, masih banyak kelemahan yang terdapat dalam telefon ini seperti kapasiti bateri yang rendah dan memori dalaman yang rendah. Jika anda betul-betul kesuntukan wang, Samsung Galaxy Young memang sesuai untuk anda, dengan harga serendah RM230 untuk model "second hand". Namun jika ada duit lebih, belilah model lain seperti Samsung Galaxy Y Neo yang lebih baharu, dan merupakan versi Galaxy Y yang diperbaharui. Atau, jika ada lebih lagi, Laman ICT menyarankan model telefon pintar dari Lenovo kerana harganya yang berpatutan dengan spesifikasi yang tinggi. Bijaklah membuat pilihan!

:)

Saturday, April 27, 2013

Peningkatan teknologi : baik atau buruk?

"Baru berapa lama Samsung Galaxy S3 keluar, dah pulak keluar Samsung Galaxy S4. Habis jatuh harga S3 aku. Macam mana nak jual balik?"

 Haa..itulah dilema pengguna telefon pintar sekarang. Dengan cara pengeluar-pengeluar (spt Samsung, HTC, Sony, dll) yang berlumba-lumba mengeluarkan model terbaru, harga model-model lama pasti turun menjunam.

 Ini satu risiko, terutama kepada mereka yang sering bertukar telefon bimbit. Harga telefon terlalu mudah jatuh, dan menyebabkan mereka merasa rugi jika terpaksa menjual semula.

 Oleh itu, para pengguna perlu berfikir panjang. Lagipun, andai kata kita ambil contoh Samsung Galaxy S3. Tidak banyak bezanya dengan Samsung Galaxy S4. Cuma mungkin ada sedikit penambahan. Jadi, jika anda sudah selesa dengan S3, kenapa perlu "upgrade"?

Monday, December 17, 2012

Reviu Sony Xperia U

Sony Xperia U ini bukanlah sejenis telefon "high-end", namun fungsinya sudah terlalu cukup padan dengan harganya. Dengan julat harga kira-kira RM799, tidaklah terlalu mahal.

Dikuasakan oleh sistem Android 2.3, peranti ini boleh dinaiktaraf ke Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) dengan lebih kestabilan. Telefon ini tiada slot untuk kad memori dan pengguna hanya boleh menggunakan 4GB data storan dalaman (4GB lagi untuk simpanan, semuanya 8GB).

Kameranya beresolusi 5 megapiksel. Gambar yang ditangkap juga cukup terang dan jelas, namun ada sedikit masalah gambar kabur jika di"zoom" terlalu dekat. Menariknya, kamera Sony Xperia U ini mampu merakam video dalam format definisi tinggi (HD) sehingga 720p! Tetapi, memori dalaman yang sedikit mungkin menyukarkan rakaman video berdurasi tinggi.

Pemain muziknya juga tidak kurang hebatnya. Pengguna boleh memilih pelbagai mod yang disediakan.

Peranti ini dilengkapi Wi-Fi dan skrin sesentuh yang responsif. Namun, responsifnya tidak setanding dengan varian Samsung Galaxy Ace yang harganya setanding.

Untuk remaja, peranti pintar ini sangat sesuai untuk mereka. Harga yang berpatutan untuk fungsi yang pelbagai. Dapatkan Sony Xperia U hari ini! :)

Bintang : 4 daripada 5

Monday, November 14, 2011

Apa perbezaan video SD dengan HD?

Hari aku wat entri untuk menunjukkan perbezaan SD(Standard Defination) dengan HD(High Defination)..Kalau korang tak tau HD tu ape,rerajin tgok iklan Astro B.Yond tu..Haha..itu lahHD...Kalau SD plak adalah paparan TV biasa.

Perbandingan(comparison) ni aku buat sendiri menggunakan PrintScreen dan laman web YouTube(kerana YouTube ada menyediakan video HD 1080 dan 720).

Well,tengoklah perbezaan dari segi "sharpness" dan tahap ketelitiannya(level of details).





Banyak tak perbezaannya??Best kan??
Gambar di atas tak diedit sama sekali.Jadi,tiada undur penipuan tau.Memang real image!


So,bertukarlah ke Astro B.Yond!!(Haha..promote lak!)

Sunday, October 23, 2011

Reviu Samsung Corby 2

Berhasrat nak beli Samsung Corby 2? Haa.. mari lihat reviu dari saya.



Samsung Corby 2.Bergaya, cukup bergaya.Berbentuk bulat dengan stail tersendiri.Ideal untuk golongan muda sekarang ini.Mudah dipegang dan butang-butangnya diletakkan di tempat yang sepatutnya.Warna terang dan menarik.4.5 bintang dari 5 bintang saya berikan dari segi gaya.

Dari segi kuasa, Samsung Corby mendapat markah yang biasa-biasa sahaja.Skrin sesentuhnya (touch screen) tidak begitu responsif (kena dengan harganya yang biasa-biasa juga!).Banyak kali saya tersalah tekan butang. Nak menaip SMS pun satu masalah bagi saya walaupun mempunyai saiz jari yang tidak terlalu besar. Kadangkala, Samsung Corby 2 tersangkut (hang) dan ini menyusahkan saya kerana perlu hidupkan semula (restart). Pemain muziknya hebat dengan pilihan mod 5.1. Mod 5.1 menjadikan muzik lebih gempak dan "hidup"!. Namun, saya mempunyai masalah dengan video kerana Samsung Corby 2 ini tidak banyak menyokong format video. Saya berikan 3.4 dari 5 bintang untuk kuasa.

Dari segi capaian, markah yang agak tinggi diberikan. 4 daripada 5 bintang! Corby 2 mempunyai capaian WiFi yang laju! Buka YouTube tanpa sekatan dan buka Facebook dengan senang hati. Namun, ada sedikit masalah dengan muat turun namun ianya bukanlah masalah yang besar.

Secara kasarnya, untuk pengguna bajet, Samsung Corby 2 sesuai untuk anda. Berkualiti, bergaya, namun tidak mempunyai kuasa dan respons yang hebat. Namun, jika anda tidak kisah dengan semua itu, Samsung Corby 2 adalah pilihan anda yang sepatutnya!

Sunday, June 19, 2011

Godam oh godam!

Baru-baru ni kecoh laman-laman web kerajaan digodam.
Kata aku: Hah! Dah agak dah!

Dari dulu lagi aku dah agak perkara begini akan berlaku.
Honestly aku cakap,Malaysia kekurangan celik IT.
Aku maksudkan celik IT dan bukan celik Facebook atau blog.

Aku sendiri pernah cuba masuk laman web terkenal di Malaysia ini.
Dan ianya sangat mudah ditembusi.
Sekuriti? Heh, macam tak wujud saja.

Godam oh godam.Terima kasih penggodam.
Bukan menyokong kamu.
Tapi terima kasih kerana menyedarkan sang pengurus laman web.
Biar mereka tahu bahawa mereka perlu bekerja.
Jangan malukan Malaysia! :)

Saturday, September 18, 2010

Wednesday, July 21, 2010

Selamat sejahtera!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pelawat dan pembaca setia laman blog LAMAN ICT.Terima kasih atas sokongan anda selama ini.Kini saya berada di UiTM Kampus Dungun,Terengganu kerana melanjutkan pelajaran dalam peringkat diploma di sini.harap anda terus bersama saya untuk mengetahui perkembangan dan isu-isu semasa dunia ICT.Wassalam

Thursday, June 17, 2010

Site maintainance

Penyelenggaraan blog laman ICT bermula jam 3.25ptg

Thursday, June 10, 2010

Spesifikasi komputer admin

Ha..hari ni Admin nak berkongsi dengan semua pelayar blog Laman ICT ni,tentang spesifikasi komputer Admin.

Selalunya orang fikir,orang yang minat komputer@ICT ni mempunyai komputer yang canggih dan hebat...Tapi tidak semua!

Cuba tengok spesifikasi komputer saya;

1)Intel Pentium 4 2.4GHz(tiada teknologi HT tau)
2)640 MB DDR SDRAM(asalnya 128MB.memang slow,pasal ini DDR 1.Bukan DDR2 seperti kebanyakan PC)
3)Windows XP Professional SP2(rasanya standard kot?haha)
4)Graphic card NVidia GeForce 4 MX 420 64 MB(memang kuno)
5)30 GB HDD(itupun lepas tambah 10GB lagi.Asalnya 20GB aje)
6)CD-ROM drive(nak burn CD atau main DVD??Maaf ler..)
7)Samsung 20" LCD monitor(itu baru beli..CRT lama dah berasap..haha)
8)Guna antivirus AVG Free aje

Tengok!Bukannya hebat sangat pun.Selalu je berlaku masalah "LOW DISK SPACE" dekat komputer admin ni..Ada yang nak sponsor komputer baru??HeHe :D

Saturday, May 29, 2010

Apple iPad-Revolusi baru?

Dunia sedang hangat memperkatakan tentang produk terbaru dari Apple iaitu iPad.Produk terbaru ini mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.Apa yang menarik tentang iPad?Dalam post kali ini,Laman ICT akan "review" sedikit sebanyak info tentang "bayi" baru dari Apple ini.

Ipad didatangkan dengan 2 versi iaitu versi Wi-Fi, dan Wi-Fi+3G.Bagi versi Wi-Fi,harga bermula dari $499(16GB) hingga $699(64GB).Bagi versi Wi-Fi+3G pula,harga bermula dari $629(16GB) hingga $829(64GB).Ipad menggunakan paparan LED 9.7 inci dengan interaksi melalui keupayaan skrin sentuh.Tiada tetikus lagi!.Ipad juga mampu menjalankan hampir 150,000 aplikasi iPhone,yang juga keluaran Apple.Menggunakan pemproses Apple A4 1GHz yang berprestasi tinggi dan jimat tenaga,sudah pasti ianya cukup pantas untuk melakukan apa sahaja.Bagi sambungan internet,semua versi iPad dilengkapi Wi-Fi(802.11a/b/g/n) dan bluetooth 2.1.Selain semua spesifikasi utama di atas,iPad juga dilengkapi "Accelerometer",pembesar suara terbina dalam,dan bateri cas semula litium.

Bagi versi Wi-Fi+3g pula,terdapat beberapa tambahan seperti A-GPS,keupayaan 3G,dan beberapa keupayaan lain.

Jadi,mampukah iPad menandingi populariti iPhone??Hmm..tunggu dan lihat..





Thursday, April 15, 2010

Event for us!

Kepada semua peminat ICT,teknologi,komputer mahupun gajet-gajet canggih,marilah kita hadir ke PIKOM PC FAIR pada 16,17 dan 18 April ini.Bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre,acara ini pastinya akan menambah pengetahuan kita tentang teknologi.Ataupun,sediakan duit banyak-banyak kerana pasti ada banyak promosi gajet di sana.Datang ya!Masuk percuma!



Tuesday, April 13, 2010

Permainan di Facebook

Sekarang ini sudah menjadi kebiasaan bagi pengguna Facebook untuk bermain permainan atas talian(online) yang disediakan di laman sosial itu.Dengan pelbagai jenis permainan dari pelbagai pembangun(developer) yang berbeza,sudah pasti pengguna akan rambang mata untuk memilih permainan apa yang dapat memberikan kepuasan maksimum kepada mereka.Dalam entri kali ini,saya mencadangkan beberapa permainan yang menarik yang boleh dicuba.

1)Farmville-Permainan simulasi berkebun.Tanam buah dan sayur,dan tuai!Bekerja di kebun tanpa keluar peluh! :)

2)Petville-Antara kegemaran saya.Bela haiwan secara maya.Beri makan atau ia akan melarikan diri!

3)Galacticos Football-Sangat sesuai untuk peminat bola sepak.Jadi pengurus dan bentuk pasukan anda menjadi juara!

4)Speed Racing-Berlumbalah di jalan raya!Dapatkan duit dan ubahsuai kereta anda!

5)Mafia Wars-Jadi seorang mafia,kumpul pengikut dan kuasai dunia!Tambah kuasa dengan memiliki senjata merbahaya!

Tapi,sebagai pengguna internet yang berhemah,kita perlulah mengehadkan penggunaan internet kita.Jangan terlalu asyik menghadap komputer sehingga melupakan tanggungjawab kita.Ingat!

Sunday, April 11, 2010

Web kerajaan?

Melalui pengamatan saya,saya dapati hampir kesemua laman web kerajaan mengambil masa yang terlalu lama untuk memuat(loading)keseluruhan 'page' berbanding laman web di luar negara.Saya rasa sebabnya mungkin server di Malaysia yang terlalu sesak atau pembina laman web yang terlalu menjurus ke arah 'interaktif' dengan meletakkan terlalu banyak objek 'flash' sehingga mem'berat'kan laman web tersebut.Pendapat saya cukup sekadar laman web yang ringkas sahaja,asalkan maklumatnya tepat dan dapat sampai ke pengguna.

Tuesday, February 9, 2010

Komputer lama?Tak ada masalah!

Sekiranya anda anda menggunakan komputer lama yang biasanya menggunakan pemproses yang lembab dan memori RAM yang rendah,sudah tentu anda sentiasa tertekan bila hendak memulakan sesuatu program,bukan?Ha..walaupun menggunakan komputer lama,anda masih boleh melakukan kerja-kerja anda tanpa dibelenggu dengan masalah masa lagi.Cuma perlu sedikit "pertukaran" perisian sahaja.Ada beberapa tips yang boleh saya kongsikan:

1)Sekiranya anda sering bekerja dengan fail berformat PDF,jangan lah asyik menggunakan perisian yang berat seperti Acrobat Reader..Cuba gunakan alternatif lain seperti Sumatra PDF atau Foxit Reader.Lebih pantas!

2)Untuk browser,gunakan versi portable di Portable Apps.com.Browser ini akan dimasukkan ke dalam pendrive dan tidak mengganggu sistem operasi anda.

3)Untuk pemain muzik,daripada menggunakan Windows Media Player yang sedia ada,cuba gunakan pemain muzik FooBar2000..Ianya pantas dan tidak menggunakan memori yang banyak.Cukup untuk sekadar main muzik sahaja.

4)Perisian antivirus berbayar biasanya berat dan sesuai untuk komputer yang pantas sahaja.Apa kata cuba gunakan perisian antivirus yang percuma.Cukup sekadar membasmi sedikit virus sudah cukup.Avast! antivirus antara contoh antivirus yang pada pendapat saya adalah pantas.

5)Sentiasa gunakan perisian seperti CCleaner yang dapat membersihkan cakera keras anda dari dipenuhi dengan "cookies" dan data yang tidak diperlukan lagi.Lebih banyak ruang cakera keras,lebih pantas PC lama anda!Ini kerana sekiranya RAM komputer anda tidak mencukupi untuk Sistem Operasi menjalankan tugasnya,maka ia akan mengambil sedikit ruang di cakera keras!Justeru,melambatkan lagi komputer.Itu sebabnya RAM adalah penting dalam menentukan kelajuan komputer kita,di samping kelajuan pemproses.

Wednesday, February 3, 2010

Format netbook?

Ha!Memang sebenarnya agak payah untuk mem'format' kembali Netbook yang sudah rosak.Ini kerana biasanya Netbook direka untuk mobiliti dan saiz yang kecil.Justeru,tiada pemacu CD/DVD yang dimasukkan ke dalamnya.Jadi,bagaimana memformat Netbook?Berdasarkan pengalaman saya memformat sebuah Netbook Asus Eee Pc 2G Surf,ini antara keperluannya:

1)CD Sistem operasi (saya menggunakan Windows XP SP2)
2)Sebuah desktop yang lengkap dengan pemain CD dan keupayaan USB
3)Sebuah thumb drive (rasanya 1GB sudah cukup.Saya gunakan 2GB)
4)Capaian Internet (untuk mendownload driver)
5)Perisian "Win To Flash"
6)Dan paling penting,Netbook yang hendak diformat!

Tak susah.Cuma perlu masukkkan thumb drive dan CD Sistem Operasi ke dalam desktop,jalankan perisian Win To Flash dan tetapkan sedikit aturan.Perisian ini akan menyalin data CD sistem Operasi tadi ke dalam thumb drive dan menjadikannya bootable.Sesudah selesai,pasang thumb drive pada Netbook dan pastikan setting BIOS pada Netbook itu betul dan mengutamakan BOOT dari thumb drive/removable disk dan bukannya hard disk.Kemudian,ikuti proses format mengikut tatacara yang diberitahu oleh pihak pengeluar Sistem Operasi yang anda gunakan.Kemudian,bagi Netbook saya,saya perlu memuat turun driver dari desktop kerana setelah Netbook itu diformat,kesemua driver nya akan hilang.Jadi,tiada suara,capaian Internet dan tiada capaian Ethernet.

Memang ramai mengatakan Netbook sukar diformat.Tapi bagi saya,belum cuba belum tahu!Lagipun Netbook yang saya gunakan adalah antara versi terawal Netbook di pasaran dan lebih sukar diformat kerana memori yang rendah dengan pemacu keras hanya 2GB!Pasti Netbook masa kini lebih pantas kan?

Friday, January 29, 2010

Ubuntu

Tadi,Admin baru sahaja menerima CD Ubuntu yang dipesan dari internet di laman web Ubuntu:www.ubuntu.com.Kemudiannya,Admin memasang CD tersebut pada PC Admin.Seperti yang anda sedia maklum,Ubuntu adalah sejenis Operating System/Sistem Operasi dari sumber terbuka yang dimajukan oleh komuniti pengguna Ubuntu sendiri.Tiada kos dikenakan kepada Admin untuk pesanan CD percuma ini.Versi yang Admin terima adalah versi 9.10.Paparan grafiknya hebat dan dilengkapi pelbagai aplikasi lain.Capaian internet juga mudah dikawal(tidak seperti Linux Puppy yang Admin pernah gunakan dulu!).Yang paling penting,ianya percuma dan sah digunakan!Ayuh pengguna PC sekalian,mari guna UBUNTU!!

Tuesday, January 26, 2010

Google Chrome

Baru-baru ini,Admin telah menggunakan pelayar web Google Chrome pada PC Admin.Setelah menjalankan proses instalasi,Admin terus memulakan fungsinya dan membuka laman web pilihan.Hasilnya,memang pantas!Hampir dua kali ganda kepantasan Mozilla Firefox (pada fikiran Admin) dan 1.5 kali ganda kepantasan Opera 10.Tahap keselamatan Chrome,bagi Admin,sangat memuaskan.Contohnya,Chrome akan memberi amaran sekiranya laman web yang kita ingin lawati itu dilaporkan ada Malware(perisian nakal).Namun,ada sedikit masalh ketika menggunakan Chrome.Admin tidak boleh Log-In pada sesetengah laman web padahal Mozilla tiada masalah.Jadi,Admin terpaksa membuka dua browser sekaligus untuk membuka 2 laman web berbeza(seterusnya melambatkan lagi PC Admin!!!)

Sunday, January 17, 2010

Sekuriti:Selamatkah kita?

Ada blog yang saya baca baru-baru ini menceritakan bahawa laman web kepunyaan kerajaan Malaysia telah berjaya digodam oleh orang luar.Benarkah?Jika betul,kita mungkin dalam bahaya(termasuk Laman ICT ini).Tidak dinafikan bahawa Malaysia mempunyai kadar celik IT yang agak tinggi.Namun,bilangan pakar IT adalah sedikit.Jadi laman-laman web dari negara Malaysia AMAT mudah digodam.Saya pernah mencubanya (untuk ujian sahaja) dan hasilnya,memang mudah untuk memasuki laman web dari Malaysia-tidak perlu pendaftaran.Seruan saya,kepada pakar-pakar IT di luar sana,lakukanlah suatu perubahan demi menjamin keselamatan siber dalam negara.Walaupun wujudnya syarikat seperti Cyber Security Malaysia,namun penglibatan anda masih diperlukan.Jangan apabila semua laman web di Malaysia sudah punah,baru nak tergadah.Fikirkan..

Wednesday, January 13, 2010

Mac OS

Dalam 'post' kali ini,saya akan menceritakan serba sedikit tentang sistem operasi Mac

Mac OS diasaskan pada 1984 dan merupakan sistem operasi berasaskan "antaramuka pengguna grafik" atau GUI.Kebanyakan pengguna Mac adalah pekerja grafik kerana secara umumnya,sistem operasi Mac sesuai untuk kegunaan mereka,berbanding dengan Windows yang lebih sesuai untuk kerja pejabat atau 'gaming'

Pada Mei 2009,sistem operasi Mac menguasai 9.81 peratus penggunaan OS untuk 'desktop',mengatasi Linux(0.99%) tetapi jauh di belakang Microsoft Windows dengan 87.75%.(Peratusan lain adalah Solaris-0.01% dan lainn-lain OS-1.44%)

Versi terbaru Mac OS adalah Mac OS X Snow Leopard.OS ini dikatakan pantas kerana hampir semua aplikasi sistem di dalamnya ditulis dengan kod 64-bit.

Entri menarik