Dunia sedang hangat memperkatakan tentang produk terbaru dari Apple iaitu iPad.Produk terbaru ini mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.Apa yang menarik tentang iPad?Dalam post kali ini,Laman ICT akan "review" sedikit sebanyak info tentang "bayi" baru dari Apple ini.
Ipad didatangkan dengan 2 versi iaitu versi Wi-Fi, dan Wi-Fi+3G.Bagi versi Wi-Fi,harga bermula dari $499(16GB) hingga $699(64GB).Bagi versi Wi-Fi+3G pula,harga bermula dari $629(16GB) hingga $829(64GB).Ipad menggunakan paparan LED 9.7 inci dengan interaksi melalui keupayaan skrin sentuh.Tiada tetikus lagi!.Ipad juga mampu menjalankan hampir 150,000 aplikasi iPhone,yang juga keluaran Apple.Menggunakan pemproses Apple A4 1GHz yang berprestasi tinggi dan jimat tenaga,sudah pasti ianya cukup pantas untuk melakukan apa sahaja.Bagi sambungan internet,semua versi iPad dilengkapi Wi-Fi(802.11a/b/g/n) dan bluetooth 2.1.Selain semua spesifikasi utama di atas,iPad juga dilengkapi "Accelerometer",pembesar suara terbina dalam,dan bateri cas semula litium.
Bagi versi Wi-Fi+3g pula,terdapat beberapa tambahan seperti A-GPS,keupayaan 3G,dan beberapa keupayaan lain.
Jadi,mampukah iPad menandingi populariti iPhone??Hmm..tunggu dan lihat..
Showing posts with label 3G. Show all posts
Showing posts with label 3G. Show all posts
Saturday, May 29, 2010
Wednesday, November 25, 2009
Wireless oh wireless
Nak tengok video atau mengunjungi laman sosial seperti Facebook dan Myspace?Apa yang anda perlukan ialah sambungan internet.Bagi mereka yang memiliki 'desktop',kebanyakannya memilih talian internet berwayar seperti 'dial-up' atau Streamyx.Bagi penggguna komputer riba ataupun 'netbook',mereka lebih cenderung menggunakan perkhidmatan internet tanpa wayar, ataupun dikenali sebagai'wireless'.Bagi mereka yang mahukan internet percuma,jaringan 'Wi-Fi' yang kini semakin banyak di seluruh negara boleh digunakan.Namun,tidak semua tempat menyediakan perkhidmatan ini.Lalu,mereka memilih perkhidmatan broadband.Jadi,apakah pilihan yang terbaik?Hmm,Maxis dan Celcom mempunyai capaian 3G dan HSPA sementara DiGi masih menggunakan EDGE.Walaupun 3G dan HSPA lebih pantas,namun EDGE adalah lebih baik kerana ia boleh didapati hampir di mana sahaja di Malaysia.Perkhidmatan WiMAX melalui pakej P1 Wiggy juga boleh diambil kira kerana ia memang laju!Namun,liputan WiMAX masih kurang di Malaysia dan tertumpu di sekitar Lembah Kelang sahaja.Tetapi, mereka sedang meluaskan liputan WiMAX dan mereka melakukannya dengan cepat!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Entri menarik
Linux
(3)
Mozilla Firefox
(1)
Nuffnang
(1)
Opera 10
(2)
Pikom
(1)
RAM
(3)
ShoutMix
(2)
Ubuntu
(2)
WiMAX
(2)
Windows 7
(4)
X Snow Leopard
(1)
Xanga
(1)
blog
(2)
broadband
(2)
dial-up
(2)
keperluan asas
(2)
komen
(2)
laman ICT
(4)
streamyx
(1)
transformasi
(2)