Friday, November 27, 2009
Opera 10
Baru-baru ini,saya terjumpa satu fail 'setup' untuk pelayar web Opera versi terbaharu,10.01.Tanpa,membuang masa,saya terus memasangnya pada PC saya.Setelah selesai,alangkah terkejutnya saya!Perubahan yang amat drastik pada versi ini jika hendak dibandingkan dengan versi 9.51 yang saya gunakan selama ini.(Saya memang pengguna setia pelayar web Opera kerana mudah digunakan dan pantas).Paparan visualnya sungguh kemas dan lebih tersusun.Beberapa fungsi baru turut diwujudkan,seperti Opera Turbo yang dapat memuatkan laman web pilihan anda dengan lebih pantas daripada biasa.Bagi saya,fungsi ini tidak sesuai dengan saya.Sebabnya,saya menggunakan talian internet 'dial-up' dan segalanya masih lambat bagi saya!InsyaAllah,tahun depan saya menggunakan Broadband.He..
Labels:
broadband,
dial-up,
Opera 10,
Opera Turbo,
pelayar web
Wednesday, November 25, 2009
Wireless oh wireless
Nak tengok video atau mengunjungi laman sosial seperti Facebook dan Myspace?Apa yang anda perlukan ialah sambungan internet.Bagi mereka yang memiliki 'desktop',kebanyakannya memilih talian internet berwayar seperti 'dial-up' atau Streamyx.Bagi penggguna komputer riba ataupun 'netbook',mereka lebih cenderung menggunakan perkhidmatan internet tanpa wayar, ataupun dikenali sebagai'wireless'.Bagi mereka yang mahukan internet percuma,jaringan 'Wi-Fi' yang kini semakin banyak di seluruh negara boleh digunakan.Namun,tidak semua tempat menyediakan perkhidmatan ini.Lalu,mereka memilih perkhidmatan broadband.Jadi,apakah pilihan yang terbaik?Hmm,Maxis dan Celcom mempunyai capaian 3G dan HSPA sementara DiGi masih menggunakan EDGE.Walaupun 3G dan HSPA lebih pantas,namun EDGE adalah lebih baik kerana ia boleh didapati hampir di mana sahaja di Malaysia.Perkhidmatan WiMAX melalui pakej P1 Wiggy juga boleh diambil kira kerana ia memang laju!Namun,liputan WiMAX masih kurang di Malaysia dan tertumpu di sekitar Lembah Kelang sahaja.Tetapi, mereka sedang meluaskan liputan WiMAX dan mereka melakukannya dengan cepat!
Monday, November 23, 2009
Windows 7 percuma?
Ha..jangan salah anggap.Tiada yang percuma di dunia ini!Apa yang saya maksudkan di sini ialah,cuba ubahsuai visual komputer anda supaya hampir dengan pengalaman menggunakan Windows 7 yang sebenar.Bagaimana?Gunakan sahaja tema paparan(desktop) seperti "Windows_7_Vista_Style_Final" yang boleh didapati di www.deviantart.com.Untuk pengalaman menggunakan Vista pula,perisian seperti Vista Transformation Pack dan Bricopack boleh dicuba.Namun,pastikan komputer anda mempunyai memori RAM yang tinggi kerana perisian sebegini memang 'memakan' RAM yang banyak!
Sejarah sistem operasi Windows
Ketika versi 1.01 diperkenalkan pada tahun 1985,tidak ada sesiapa pun yang mahu bersusah payah dengan 4 cakera pemasangan untuk memasang sistem ini.Sesetengah fungsi seperti bar menu dan menu'drop-down' pula dikatakan diambil daripada Macintosh.Kisah kejayaan Windows sebenarnya bermula dengan versi 2.0 yang dapat menyokong VGA dengan resolusi 640 x 480.Kemudian Windows 3.0 menguasai pula dengan terjual lebih 10 juta unit di seluruh dunia.Versi 3.1 pula adalah kemaskini 3.0 dengan kestabilan sistem yang lebih baik dan dilengkapi Windows Media Player 2.0.Dengan pengenalan platform NT,Windows maju setapak lagi.Windows 95 contohnya,menjadi 'goreng pisang' yang panas dan terjual lebih 1 juta unit dalam masa 4 hari sahaja.Pada tahun 2001 ke atas pula,Microsoft mengaplikasikan DOS dalam sistemnya dan terciptalah Windows XP yang terjual 67 juta salinan dalam masa setahun.Kemudian,tercipta pula Windows Vista yang menjanjikan lebih kestabilan dan keselamatan,walaupun ramai pengguna nyatakan yang sebaliknya.Kini,pengenalan Windows 7 yang dikatakan lebih baik daripada Vista dijangka dapat meningkatkan lagi jualan perisian Windows,setelah kegagalan Vista memenangi hati pengguna.Apa kelebihan Windows 7?Entahlah,saya belum mencubanya lagi.Hehe
Pengenalan
Laman blog ini diwujudkan oleh saya untuk menyebarkan maklumat-maklumat mengenai dunia teknologi maklumat dan komunikasi(ICT).Diharap sedikit sebanyak blog ini dapat menambah pengetahuan anda tentang ICT.Kepada sesiapa yang mempunyai komen atau permasalahan yang berkaitan ICT,sila tulis di ruangan chat ShoutMix yang disediakan di laman blog ini.Saya akan cuba jawab dengan apa yang saya tahu.Akhir kalam,terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Entri menarik
blog
(2)
broadband
(2)
dial-up
(2)
keperluan asas
(2)
komen
(2)
laman ICT
(4)
Linux
(3)
Mozilla Firefox
(1)
Nuffnang
(1)
Opera 10
(2)
Pikom
(1)
RAM
(3)
ShoutMix
(2)
streamyx
(1)
transformasi
(2)
Ubuntu
(2)
WiMAX
(2)
Windows 7
(4)
X Snow Leopard
(1)
Xanga
(1)